AHMAD JURJANI MEMBAWA NAMA MALAYSIA KE PERSADA SENI KHAT ANTARABANGSA

admin

Administrator
Staff member
Joined
Jul 24, 2017
Messages
20
Likes
5
Points
13
#1
EME mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan
You do not have permission to view link Log in or register now.
, pelajar Malaysia di Fakulti Usuluddin, Universiti alAzhar atas kejayaannya dalam Multaqa Khat Antarabangsa Kaherah Kali-3 pada 14 Ogos 2017. Beliau menerima hadiah tempat ketiga dalam kategori karya khat asli. Hadiah tersebut disampaikan oleh YB Helmi alNamnam, Menteri Kebudayaan Mesir. Karya beliau ditulis dengan tulisan jenis kufi. Kejayaan ini jelas telah menempatkan beliau sebaris dengan penulis khat ternama di rantau Arab.

Pencapaian ini sudah tentu menjadi kebanggaan negara dan wajar dicontohi oleh anak Malaysia yang lain untuk mencabar diri supaya beroleh kejayaan istimewa dalam bidang masing-masing. Ahmad Jurjani tidak asing lagi dalam penulisan khat kerana pernah memenangi hadiah dalam pertandingan khat di Iraq malah sering menyertai pertandingan dan pameran khat walau pun sibuk dengan pengajian di Universiti alAzhar. Disamping itu beliau turut mengajar dan membimbing secara konsisten bakat-bakat baru bidang khat dalam kalangan mahasiswa di Mesir.

Syabas, Ahmad Jurjani!

You do not have permission to view link Log in or register now.

You do not have permission to view link Log in or register now.





1.jpg
2.jpg
3.jpg
 

Attachments

Users Who Are Viewing This Thread (Users: 1, Guests: 0)